Thursday, October 30, 2008

Masih tak mampu

Pagi tadi aku terbangun jam 3.40 ppagi. Hajatnya mahu qiam. Tapi, selimut terlalu berat. Mungkin sebab dosa banyak sangat. Hati pon tak kuat.

Jadi aku tidur balik. Tapi alhamdulillah, aku masih mampu bangun subuh. Lepas berwuduk, aku keluar rumah meredah sejuk. Sebab nabi saw kata, setiap langkah ke masjid utk solat menghapuskan satu dosa. Jadi aku pon redah jalan yang sunyi dan sejuk.

Sampai di masjid, solat 2 rakaat dan bertasbih sambil tunggu orang. Jemaah hari ni tak seramai biasa. Rakaat pertama imam baca surah as sajdah. bila sampai part. 

12. Dan, jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin."13. Dan kalau Kami menghendaki niscaya Kami akan berikan kepada tiap- tiap jiwa petunjuk, akan tetapi telah tetaplah perkataan dari padaKu: "Sesungguhnya akan Aku penuhi neraka jahannam itu dengan jin dan manusia bersama-sama."14. Maka rasailah olehmu (siksa ini) disebabkan kamu melupakan akan pertemuan dengan harimu ini. Sesungguhnya Kami telah melupakan kamu (pula) dan rasakanlah siksa yang kekal, disebabkan apa yang selalu kamu kerjakan. 15. Sesungguhnya orang yang benar-benar percaya kepada ayat-ayat Kami adalah mereka yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat itu mereka segera bersujud[1192] seraya bertasbih dan memuji Rabbnya, dan lagi pula mereka tidaklah sombong.16. Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya[1193] dan mereka selalu berdoa kepada Rabbnya dengan penuh rasa takut dan harap, serta mereka menafkahkan apa apa rezki yang Kami berikan.
Teringat aku dosa - dosaku. Aku tak bangun malam. Aku selalu kerjakan maksiat. Dan bila sampai part

                   apakah sama orang beriman dengan yang fasiq?

aku dah mula sebak. teringat dosa semalam. bodohnya manusia. hampir saja aku cakap tak!

Rakaat kedua, imam baca surah al-insan. Sampai ayat

3. Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir.
imam dah mula sebak. Aku pon sebak sikit. Aku pun mahukan air dari mata air syurga. Aku pon mahu segala keindahan syurga. Yang paling aku mahu. Dikatakan padaku

22. Sesungguhnya ini adalah balasan untukmu, dan usahamu adalah disyukuri (diberi balasan). 
tapi, apa saja yang aku buat untuk ini? Walaupun aku selalu bergelumang dengan maksiat, aku tetap bersyukur sebab Allah cenderungkan hati aku untuk ke Masjid. Di masjid inilah aku jumpa kawan yang baik, hadith2 yang menyentuh jiwa, ayat - ayat yang menaikkkan semangat. Di masjid inilah pernah mengalir airmataku. Di masjid inilah aku dapat ketenangan. Ke sini lah aku lari bila tertekan mengenang dosaku.

Wahai diri. TOOOOOLONG la. Berhentilah benda mengarut ni.

Buat sahabat2 yang telah membantu, harapnya bantuan anda dengan izin Allah akan menolong saya berubah. Jika saya berubah, maka anda akan memperoleh yang lebih baik dari dunia dan segala isinya.



Wednesday, October 29, 2008

jatuh lagi

not again.?

aku jatuh lagi

buat lagi.

aku tahu, kalau buat dosa, tak perlu diheboh2kan. kalau tuhan hijabkan aib kita, kenapa nak buka.

bukan aku nak buka. lagipun, anonymous. so xpela.

mungkin aku x cukuup benci lagi.

or is this all just another hypocrisy?

i hope no one else has to be like me. i have almost everything to wish for. but still.. that's me. a weekling.

nabi saw kata, kalau buat dosa, ikuti dgn kebaikan. itu pon aku slalu bwt. sbb harapkan kebaikan2 yg ak bwt tu akan jadikan aku cenderung ke arah kebaikan. 

but still, dtas not enough.

nabi saw kata, kalau kawan dgn org baik2 terpalit la sikit kebaikan mereka (hadith minyak wangi) so aku buat. Terpalit la sikit. Still ....

Allah tolong lah hamba mu ini. 

or is this another hypocrisy?

syahid impianku? syurga tujuanku? jauh lagi kot.....

barangkali ini satu ujian dari Allah. Setiap orang dengan ujian masing - masing. Mungkin ini ujian aku. Mungkin kalau aku lepas ujian ni, aku boleh jadi org yg lebih kuat.

cita-cita ku nak ubah umat. tapi nampak gaya, saaaaaaaaaaaaaaaaangat jauh lagi.

satu hadith yang aku terbaca

Narrated Al-Harith bin Suwaid:

'Abdullah bin Mas'ud related to us two narrations: One from the Prophet and the other from himself, saying: A believer sees his sins as if he were sitting under a mountain which, he is afraid, may fall on him; whereas the wicked person considers his sins as flies passing over his nose and he just drives them away like this." Abu Shihab (the sub-narrator) moved his hand over his nose in illustration. (Ibn Mas'ud added): Allah's Apostle said, "Allah is more pleased with the repentance of His slave than a man who encamps at a place where his life is jeopardized, but he has his riding beast carrying his food and water. He then rests his head and sleeps for a short while and wakes to find his riding beast gone. (He starts looking for it) and suffers from severe heat and thirst or what Allah wished (him to suffer from). He then says, 'I will go back to my place.' He returns and sleeps again, and then (getting up), he raises his head to find his riding beast standing beside him.


at least, im still afraid of my sins. so insyaAllah ada harapan lagi.

still, mcm agak hipokrit.

pernah kadang2 aku fikir

bwt taubat bwt taubat.

lps tu teringat yang ayat psl org yg beriman pstu kafir pstu beriman pstu kafir ....

apela nk jd dgn aku.

kdg2 fikir jgk apa guna semua ni?

but then kwn pernh ckp. rasanya its frm a hadith or quran . x sure. essence die, Allah is what we think of him. N about bersangka buruk terhadap Allah.

Tapi Allah tu maha pengampun. Tapi, aku je yang abuse that. Mcm mana nak kuatkan hati?

Quran aku baca, kadang - kadang satu juzuk satu hari. Kadang2 sambil baca sambil menangis. Tapi buat jugak benda ni.

What laa

Bloody hypocrite!!

Tuesday, October 28, 2008

I had the urge

I had the urge this morning

Then I said to myself " ini dosa besar. ini syaitan ni."

Then i felt free. Tenteram jiwa.

Ya Allah
Segala Puji Bagimu
Tuhan seluruh langit dan bumi
Yang mendirikan Langit dan bumi

Engkau benar dan janji Mu benar
Perjumpaan deganmu benar
Syurga Mu benar
Neraka Mu benar
Qiyamat itu benar
dan aku berserah kepada Mu

Ya Allah
KepadaMu aku berserah
KepadaMu aku beriman
KepadaMu aku bertawakal

Ya Allah
tanamkan lah dalam hati aku
Ketakutan kepadaMu
Sehingga aku benci melakukan maksiat

Ya Allah
tanamkanlah jadikanlah aku ini
orang yang mendapat petunjuk
untuk membezakan yang haq dan batil

Ya Allah
tetapkanlah hati ku
Supaya aku terus dengan jalan Mu

Ya Allah
Ampunkanlah Kaum keluarga ku
Dan Sahabat- Sahabt ku

Ya Allah
Ampunkanlah mereka yang membantuku
Walau tidak mengenali ku
Ampunkan ikhwah dan akhawat ku
yang membantu atas dasar taqwa kepadamu 

Ya Allah
Peliharalah mereka dari tergelincir seperti ku
Peliharalah mereka supaya mereka dapat menjadi pembantu Mu

Ya Rabb
Tetapkanlah hati pemuda pemudi pejuang islam
Umat ini perlukan mereka

Kurniakanlah hidayah kepada kami 
Supaya terus tetap dengan deen ini

Ya Allah
Perbaikilah dunia kami
Perbaikilah negeri kami
diri kami dan minda kami
supaya tiada lagi fitnah keji yang mempengaruhi kami

Ya Allah
Bantulah kami
Tanamkanlah benci dalam hati kami
yang menghalang kami berbuat keji

Ya Allah jadikan lah kami cinta kepada amal yang menjadikan engkau cinta kepada kami
Jadikanlah kami mencintai orang yang engkau cinta
Cintailah kami ya Allah.

Ya Allah
Ya rabb
Ya Muqallibal Qulub
Thabbit Qulubana ala Deenik

Ampunkan kami ya Allah
Tetapkanlah hati ku ya Allah
moga tiada lagi hipokrisi
tiada lagi sifat munafik
dan fasiq

Ameen





Monday, October 27, 2008

Indahnya Mendapat Nasihat

salam

ini kisah ku.

kisahku rupanya hanyalah satu lagi kisah tragis yang dialami oleh ramai lagi pemuda pemudi islam zaman ini. Pada yang memberi nasihat tempoh hari, jazakumullah khayr ana ucap kpd enta/i.

sekitar sesi mengaji ku semalam, aku terlintas sepotong ayat dari surah at-taubah. Lalu basahlah pipi dengan air mata. 

Harapnya, hati aku, badan aku, minda aku selepas ini tidak lagi ketagih dengan dadah ini. InsyaAllah, mujahadah ini akan aku teruskan. Tidak lagi seperti dahulu. Mujahadah terbengkalai lalu lapu ditelan zaman.

" Mereka itu adalah orang - orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang ruku' yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah yang mungkar dan yang memelihara hukum -hukum Allah. Dan gembirakanlah orang - orang mukmin itu" (9:112)

How I wish to be these people

Setiap orang dengan mujahadah sendiri. Moga tiada hipokrisi dalam blog ini.



Aku

Salam semua

Aku tulis blog ni sebagai cara untuk aku menewaskan nafsu ku. Ini cerita hidupku. Aku nie, seorang yang boleh kata sangat fasiq. Munafiq mungkin? Perempuan, porn, semua aku layan. Kalau nak kira, aku tak tau brapa banyak dah dosa yang aku dah catat dalam hidup aku nie.

Semua nie start lepas aku habis f5. Masa tue, internet ni benda yang sangat hebat la kirenye. Quran tu ak dah lama tinggal. Hidup aku memang tunggang langgang. Mcm binatang.

Alhamdulillah tuhan nak tunjuk kat aku, yang hidup ni lebih dari tu. Satu hari, aku kenal ngn sorg brader ni. Aku tgk die ni mmg baik. Cakap die, gaya die, tulisan die, mmg aku jeles tgk. Lama2 aku lepak ngn die nie, makin ramai kawan baik2 yg ak dpt. 

Mase tu ak dh terpikir nk break ngn awek aku. Tp x sanggup (konon). Smpi la tibe2 jd satu bende ni n aku pon break. Masa tu memang aku frust menonggeng. Tapi bila fikir balik, ada hikmah tuhan buat mcm tu. Sbb time aku ngn awek aku, memang aku rosak. Aku rosak kan die, die pon rosakkan aku.

Lepas tu, tibe2 aku terdapat macam hidayah kot. Satu hari ni, aku tengah lepak2, pastu terbukak la satu site ni. Tibe2 sedar2 aku dh start tersedu2. LAma2 bukan tersedu lagi memang menangis sampai hidong pon sumbat.

Lepas tu aku boleh kata tiap malam aku qiam. Menangis. Sampai basah baju aku. 

Tapi itu dulu.

Rupanya, inilah yang susah. Nak maintain. Dulu masa aku mula2 aku pernah tanya brader ni. Die cerite la pasal mujahadah la ape la. AKu dulu memang jahil.

PAstu aku pun tak tahu mana silap dia. Aku bukak balki porn yang aku dah lama tinggal tu. habis punah. Start balik benda2 buruk yang aku buat dulu.

Aku cuba untuk stop. Tapi selalunya aku akan bukak jugak. Solat aku solat, quran aku baca, aku lepak ngan orang baik baik. tapi aku tetap jugak buat benda ngarut tu. sampai satu tahap aku rasa macam dah hopeless dah aku ni. tak tahu la. 

kadang lepas bwat taubat. lepas tu lbeh kurang seminggu buat balik. lepastu taubat balik. memang aku pon rasa mcm aku ni penipu.

yang sedihnya orang tengok aku pon orang xpect yang baik2. ustaz aku kat uni pon igt aku ni baik sangta. sampai aku rasa bersalah gila. 

tapi tak tahula bila depan komputer kadang2 aku jadi binatang. bukan lagi org yg baik .

tapi aku taknak benda ni. aku nak buang habit ni. tapi entahlah labu ...

jadi, aku start la blog ni. sebab dah tak tahan

orang kata, blog2 ni bleh release tension. Aku nk blog ni sbb ak nk luahkan. sbb aku tak sanggup nak bagitau kawan2 aku. nanti apela diorang fikir.  

so itu jela kisah aku yang sikit ni. 

harap korang yang membaca dapat la tolong aku

kalau korang tolong aku

mmg terhutang budi. aku doakan allah ampunkan dosa korg yg sudi menolong